Dalam sebuah kitab karangan Imam al-Ghazali menyebutkan bahawa iblis itu sesungguhnya namanya disebut sebagai al-Abid (ahli ibadah) pada langit yang pertama, pada langit yang keduanya disebut az-Zahid. Pada langit ketiga, namanya disebut al-Arif. Pada langit keempat, namanya adalah al-Wali. Pada langit kelima, namanya disebut at-Taqi. Pada langit keenam namanya disebut al-Kazin. Pada langit ketujuh namanya disebut Azazil manakala dalam Luh Mahfudz, namanya ialah iblis.
Dia (iblis) lupa akibat
urusannya. Maka Allah S.W.T telah memerintahkannya sujud kepada Adam. Lalu
iblis berkata, "Adakah Engkau mengutamakannya daripada aku, sedangkan aku
lebih baik daripadanya. Engkau jadikan aku daripada api dan Engkau jadikan Adam
daripada tanah."
Lalu Allah S.W.T berfirman
yang maksudnya, "Aku membuat apa yang aku kehendaki." Oleh kerana
iblis memandang dirinya penuh keagungan, maka dia enggan sujud kepada Adam A.S
kerana bangga dan sombong.
Dia berdiri tegak sampai
saatnya malaikat bersujud dalam waktu yang berlalu. Ketika para malaikat
mengangkat kepala mereka, mereka mendapati iblis tidak sujud sedang mereka
telah selesai sujud. Maka para malaikat bersujud lagi bagi kali kedua kerana
bersyukur, tetapi iblis tetap angkuh dan enggan sujud. Dia berdiri tegak dan
memaling dari para malaikat yang sedang bersujud. Dia tidak ingin mengikut
mereka dan tidak pula dia merasa menyesal atas keengganannya.
Kemudian Allah S.W.T
merubahkan mukanya pada asalnya yang sangat indah cemerlangan kepada bentuk
seperti babi hutan. Allah S.W.T membentukkan kepalanya seperti kepala unta,
dadanya seperti daging yang menonjol di atas punggung, wajah yang ada di antara
dada dan kepala itu seperti wajah kera, kedua matanya terbelah pada sepanjang
permukaan wajahnya. Lubang hidungnya terbuka seperti cerek tukang bekam, kedua
bibirnya seperti bibir lembu, taringnya keluar seperti taring babi hutan dan
janggut terdapat sebanyak tujuh helai.
Setelah itu, lalu Allah
mengusirnya dari syurga, bahkan dari langit, dari bumi dan ke beberapa jazirah.
Dia tidak akan masuk ke bumi melainkan dengan cara sembunyi. Allah S.W.T
melaknatinya sehingga ke hari kiamat kerana dia menjadi kafir. Walaupun iblis
itu pada sebelumnya sangat indah cemerlang rupanya, mempunyai sayap emapt,
banyak ilmu, banyak ibadah serta menjadi kebanggan para malaikat dan pemukanya,
dan dia juga pemimpin para malaikat karubiyin dan banyak lagi, tetapi semua itu
tidak menjadi jaminan sama sekali baginya.
Ketika Allah S.W.T membalas
tipu daya iblis, maka menangislah Jibril A.S dan Mikail. Lalu Allah S.W.T
berfirman yang bermaksud, "Apakah yang membuat kamu menangis?" Lalu
mereka menjawab, "Ya Allah! Kami tidaklah aman dari tipu dayamu."
Firman Allah bagi bermaksud,
"Begitulah aku. Jadilah engkau berdua tidak aman dari tipu dayaku."
Setelah diusir, maka iblis
pun berkata, "Ya Tuhanku, Engkau telah mengusir aku dari Syurga disebabkan
Adam, dan aku tidak menguasainya melainkan dengan penguasaan-Mu."
Lalu Allah berfirman yang
bermaksud, "Engkau dikuasakan atas dia, yakni atas anak cucunya, sebab
para nabi adalah maksum."
Berkata lagi iblis,
"Tambahkanlah lagi untukku." Allah berfirman yang maksudnya,
"Tidak akan dilahirkan seorang anak baginya kecuali tentu dilahirkan
untukmu dua padanya."
Berkata iblis lagi,
"Tambahkanlah lagi untukku." Lalu Allah berfirman dengan maksud,
"Dada-dada mereka adalah rumahmu, engkau berjalan di sana sejalan dengan
peredaran darah."
Berkata iblis lagi,
"Tambahkanlah lagi untukku." Maka Allah berfirman lagi yang
bermaksud, "Dan kerahkanlah terhadap mereka pasukan berkuda dan pasukan
yang berjalan kaki, ertinya mintalah tolong menghadapi mereka dengan
pembantu-pembantumu, baik yang naik kuda mahupun yang berjalan kaki. Dan
berserikatlah dengan mereka pada harta, iaitu mendorong mereka mengusahakannya
dan mengarahkannya ke dalam haram."
"Dan pada anak-anak,
iaitu dengan menganjurkan mereka dalam membuat perantara mendapat anak dengan
cara yang dilarang, seperti melakukan senggama dalam masa haid, berbuat
perkara-perkara syirik mengenai anak-anak itu dengan memberi nama mereka Abdul
Uzza, menyesatkan mereka dengan cara mendorong ke arah agama yang batil, mata
pencarian yang tercela dan perbuatan-perbuatan yang jahat dan berjanjilah
mereka." (Hal ini ada disebutkan dalamsurah al-Isra ayat 64 yang bermaksud
: "Gerakkanlah orang yang engkau kuasai di antara mereka dengan suara
engkau dan kerahkanlah kepada mereka tentera engkau yang berkuda dan yang
berjalan kaki dan serikanlah mereka pada harta dan anak-anak dan berjanjilah
kepada mereka. Tak ada yang dijanjikan iblis kepada mereka melainkan
(semata-mata) tipuan."
Tidak ada komentar:
Posting Komentar